Ranking Blog Naik Disebabkan Nuffnang?

Itulah anggapan salah seorang business partner saya iaitu Cik Sal.

Hakikatnya, takkkkkkkkkkkkk!

Nuffnang tak ada kaitan dengan ranking blog. Nuffnang tu syarikat pengiklanan. Letak ke, tak letak ke, tak membantu atau menjejaskan ranking blog. Melainkan kalau banyak sangat sampai pelawat blog sakit mata, dan taknak singgah ke blog kita lagi.

Ranking blog akan naik bila kita konsisten dalam berblogging. Setiap hari ada artikel baru dan kadangkala masukkan artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Semalam saya berkongsi ranking terkini blog SMART di sini. Alhamdulillah global ranking blog SMART sekarang adalah kurang daripada 1,000,000. Kiranya dah mencapai target yang saya tetapkan sebelum ini.

Yeay!!

Untuk blog ini pula, global ranking terkini adalah 1,082,185 manakala local ranking pula adalah 4,420.

Target seterusnya untuk kedua-dua blog adalah global ranking di bawah 500,000 dan local ranking di bawah 1,000.

Jom tengok archive blog ini dari Februari tahun lepas sampai sekarang,

Mac, April & Disember – 0

Malas betul sebelum ni. Dalam bulan Januari barulah mula mengganas dan terus mengganas untuk bulan Februari ni.

Bila dah mengganas, ranking Alexa pun bertambah baik daripada 3,762,060 pada 24 Jan 2012 sehingga menjadi 1,082,185 pada 11 Februari 2012. Memang naik mencanak-canak dalam tempoh kurang 3 minggu.

Sebenarnya untuk berjaya dalam bidang apapun, kita kena berusaha lebih daripada biasa. Yang bestnya dalam bidang blogging (dan juga bisnes unit trust), kita bukannya bersaing dengan orang lain secara terus. Sebaliknya kita bersaing dengan diri kita.

Kalau kita rajin, ranking blog makin baik. Bila dah berada dalam ranking 100,000 dan ke bawah, boleh dapat income beribu-ribu ringgit sebulan dari blog. InsyaAllah..

Kepada blogger baru dan lama, teruskan berkarya. Kejayaan akan datang kepada yang berusaha.

Tagged on: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *