Nak Sangat Dapat Buffered Earning Nuffnang & Tips Untuk dapat Buffered Earning

Dalam sejarah saya berblogging, baru sekali je saya dapat merasa Buffered Earning (BE) dari Nuffnang. Itupun bukan untuk blog ni, tapi untuk blog bisnes saya yang lain.

Maklumlah sebelum ni memang tak serius sangat kan.

Jadi, bila dah rasa nak sangat dapat BE, saya pun buat survey macamana nak dapatkan BE Nuffnang. Antara tips yang saya dapat adalah..

1. Kekalkan bilangan unique visitor melebihi 100 setiap hari.

2. Update survey di Nuffnang. Jangan pilih kategori blog kita sebagai blog sosial/politik sebab pengiklan tak suka.

3. Letakkan iklan di 3 tempat utama yang disyorkan.

4. Selalu update blog.

5. Ada juga yang kata kita kena selalu hantar support ticket pada Nuffnang. Tapi pada saya cara ni macam annoying sangat. Kalau saya jadi Nuffies, makin menyampah ada lah.

6. Buat ayat power di bahagian blog description.

Cara-cara lain tu saya dah praktikkan. Pasal yang update survey tu baru semalam saya buat. Rupa-rupanya kali terakhir saya update bahagian tu pada tahun 2008. Lama tak?

Dan satu lagi saya pun pilih kategori blog ni sebagai blog sosial/politik. Patutlah tak pernah dapat BE untuk blog ni.

Saya pun dah buat ayat-ayat power untuk bahagian blog description.

Harap-harap kali ni dapat merasa BE seperti yang selalu diceritakan oleh otai-otai yang lain.

Kalau dah dapat BE nanti saya akan update kat sini. 🙂

 

3 thoughts on “Nak Sangat Dapat Buffered Earning Nuffnang & Tips Untuk dapat Buffered Earning

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Saya belum layak nak cakap macam tu. Maklumlah ranking blog pun tak terlalu hebat.

      Plan saya untuk naikkan trafik ke blog dulu. Bila dah cukup syarat, nak join Innity yang dengarnya boleh bagi pendapatan yang lebih tinggi.

      Muaz macamana? Selalu dapat BE tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *