Macamana Taknak Bagi Website Lain Buat Hotlinking Ke Gambar Di Website Kita?

Petang tadi semasa saya mencari maklumat tempat makan best di Skudai tiba-tiba terjumpa satu website yang copy artikel blog saya bulat-bulat.

Yang buat saya geram bila dia juga buat hotlinking gambar di blog saya.

 

Hotlinking tu apa?

Definisi hotlinking melalui Wikipidea,

Hot-linking is a term used on the Internet. Hot-linking is when someone uses a link to an image that is saved on another website instead of saving a copy of the image on the website that the picture will be shown on.

For example, instead of saving picture.gif and loading it on to their own website, the person uses a link to the picture as http://website.com/picture.gif.

Hot-linking uses the bandwidth of the person who owns the website where the picture is stored. This costs that person money.

 

Dalam bahasa mudahnya,

Hotlinking tu maksudnya dia terus copy link gambar di blog saya. Dengan kata lain, setiap kali artikel tu dibaca di blog dia, maklumat akan diakses dari blog saya dan menggunakan bandwidth blog saya.

Aktiviti kurang bermoral ini akan menggunakan had bandwidth bulanan blog saya dan seterusnya akan merugikan saya.

 

Bandwidth tu apa pulak?

Kepada yang kurang jelas, boleh rujuk artikel ni ya..  Fadzilahmamat.com Has Reaches 98% Of Its Bandwidth Limit & What Is Bandwidth?

 

Untuk mengatasi masalah ini daripada berulang lagi selepas ni, saya pun cuba install beberapa plugin. Malangnya ia menyebabkan internal error.

Jadi saya telahpun menghubungi syarikat webhosting saya iaitu NetKL.

Staf mereka sangat-sangat membantu dan mengesyorkan kepada saya untuk menggunakan aplikasi Hotlink Protection yang terdapat di cPanel.

Oh.. ada cara mudah rupanya. Penat saya cari plugin untuk mengelakkan masalah hotlinking ni. 🙂

 

Cara nak aktifkan aplikasi Hotlink Protection

Kepada yang nak guna aplikasi ni, buka cPanel dan klik pada Hotlink Protection seperti dalam gambar di bawah,

 

 

Bila skrin macam kat bawah ni keluar, klik Enable. Lepas tu boleh masukkan nama website anda yang lain supaya anda masih boleh buat hotlinking dengan website-website anda yang lain.

Contoh kat bawah adalah lepas anda dah klik butang Enable dan aplikasi ni dah berfungsi di website anda.

 

 

Senang je kan?

Semoga maklumat ini bermanfaat buat anda! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *