Kenapa Perlu Watermark Gambar Kat Blog Kita & Macamana Nak Buat Watermark?

Kalau anda perasan, semenjak beberapa hari lepas saya mula buat watermark bagi gambar-gambar di blog saya.

20120216-002302.jpg

Contoh penggunaan watermark pada gambar cinta hati saya

Ini kerana saya perasan ada beberapa pihak yang telah menggunakan gambar-gambar makanan di blog saya.

Bukan saya tak suka atau marah. Cuma, terlanjur orang guna gambar blog kita, lebih baiklah kita promosikan blog kita sekali. Betul betul?

Saya guna application iWaterFree di iPhone saya. Alhamdulillah, memang sangat mudah.

Tapi selain tu, anda pun boleh gunakan Photoshop atau website Picnik untuk edit gambar dan masukkan watermark.

Sekarang ni pun Picnik membolehkan kita gunakan semua premium features di websitenya sebelum websitenya ditutup pada 19 April 2012 kerana penggabungannya dengan Google.

Happy watermarking your photos and happy blogging! 🙂



2 thoughts on “Kenapa Perlu Watermark Gambar Kat Blog Kita & Macamana Nak Buat Watermark?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *