Kecewa Sebab Dah Tak Berstatus Glitterati & Apakah Kelebihan Glitterati?
Hari ni kan hari Isnin jadi saya dengan penuh semangatnya login ke akaun Nuffnang untuk tengok hasil daripada aktiviti blogging terlampau semenjak beberapa hari yang lepas.
Alhamdulillah.. memang ada peningkatan berbanding pendapatan pada minggu lepas. Suka sangat!
Yang tak bestnya bila tengok status saya sudah bertukar daripada Glitterati kepada Ordinary.
Frust!
Rasa confuse pun ya jugak. Maklumlah, saya pun tak ada letakkan sebarang iklan lain di blog.
Benda ni mungkin sementara je disebabkan masalah teknikal di pihak Nuffnang.
Namun begitu, sebagai blogger proaktif saya telah menghantar support ticket untuk bertanyakan mengenai hal ini.
Support ticket yang dihantar oleh saya kepada Team Nuffnang
Apa yang best sangat tentang status Glitterati?
Sebab jumlah pendapatan untuk Glitterati adalah 20%-40% lebih tinggi daripada ahli biasa.
Saya harap sangat dapat jawapan segera daripada pihak Nuffnang.
Aduhai.. baru je bersemangat nak jadi blogger tegar. Takpe, think positive. Mungkin ni cabaran pertama sebagai blogger. 🙂
Update : Alhamdulillah dah kembali berstatus Glitterati. Boleh baca di sini.
- Apa Yang Saya Suka Makan Di Secret Recipe
- Alhamdulillah.. Kembali Berstatus Glitterati & Azam Untuk Menulis Bagi Mendapat Pahala Berpanjangan
Memang best kalau dapat status Glitterati