Iklan Tak Patuh Syariah

Dulu-dulu kurang peka pasal iklan yang dipaparkan di blog ni. Tapi sekarang ni mula peka dan risau.

Kadangkala, kandungan blog dah patuh syariah, tapi gambar dan kandungan iklan pulak tak patuh syariah.

Jadi, sekarang ni saya agak rajin memantau apakah iklan yang keluar di blog saya.

Kalau tak patuh syariah, saya akan block. Untuk Google Adsense, kita boleh buat ni dengan menggunakan function Block Ads.

Antara senarai iklan yang saya block setakat ni adalah iklan ramalan nasib, iklan yang memaparkan perempuan seksi dan iklan dakyah agama Kristian.

Kalau iklan Nuffnang pulak, memang tak boleh di’block’. Cuma kita boleh pilih untuk tak nak letakkan iklan arak atau rokok. Tapi setakat ni kebanyakan iklan Nuffnang masih melepasi tapisan saya.

Saya juga ingin meminta jasa baik para pembaca untuk memaklumkan kepada saya sekiranya anda ternampak iklan-iklan yang tak patuh syariah ataupun yang kurang sesuai.

Tujuan berblogging untuk dapat pendapatan dan pahala tambahan, bukannya dosa tambahan. 🙂

2 thoughts on “Iklan Tak Patuh Syariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *