Fadzilahmamat.com Has Reaches 98% Of Its Bandwidth Limit & What Is Bandwidth?

Hari ni saya terima emel daripada syarikat webhosting saya iaitu NetKL yang memaklumkan bahawa had bandwidth bulanan untuk laman web ini sudah mencapai 98%.

Apa itu Bandwidth?

Bandwidth is the amount of information that is transferred to and from your server.

Dalam Bahasa Melayu, bandwidth adalah jumlah data yang keluar masuk dari website kita.

Disc space pula adalah jumlah data storage atau ruang simpanan data bagi website kita.

Senang cerita, disc space ibarat keluasan kedai kita dan bandwidth limit ibarat jumlah belian maksimum daripada para pengunjung kedai kita.

Pendek kata, kedai saya ni makin lakulah kot. Sebabnya inilah pertama kali dalam sejarah saya mengalami masalah ni. 🙂

Sebelum ni saya guna pakej mySilver dengan had bandwidth bulanan sebanyak 7GB. Jadi, untuk menampung bilangan pengunjung yang makin bertambah, hari ini saya upgrade kepada pakej myGold dengan had bandwidth bulanan sebanyak 20GB.

Alhamdulillah..  happy sangat bila makin ramai yang sudi berkunjung ke ‘Jurnal harian seorang unit trust consultant yang terlampau positif’ ni. 🙂

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh NetKL, boleh klik di sini.

Saya pasti anda akan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan oleh NetKL kerana saya sudah menggunakan khidmat mereka dari tahun 2007 dan memang sangat berpuas hati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *