Cara Menjana Pendapatan Melalui Nuffnang & Kisah Benar Pasif Income Sebanyak RM29,160.05 Dari Blog
Walaupun dah beberapa tahun berurusan dengan Nuffnang, tapi sebenarnya saya memang tak pernah ambil tahu pasal jenis-jenis iklan yang ada.
Maklumlah sebelum ni main-main je. Sekarang ni baru rasa nak lebih serius dalam berblog. Tambah-tambah bila dapat sokongan daripada suami tercinta.
Malam ni terlintas di hati untuk ambil tahu, jadi mulalah mencari maklumat.
Rupa-rupanya ada beberapa jenis iklan Nuffnang ni. Pertama adalah iklan CPC yang mana kita akan dibayar bagi setiap klik daripada pengunjung blog kita (tapi tak boleh klik-klik sendiri tau sebab Nuffnang boleh detect).
Jumlah yang dibayar adalah sekitar RM0.25 bagi setiap klik. Tapi kalau kita ada letak iklan Google Adsense, jumlah ni adalah berkurangan sebab kita dianggap tak setia dengan Nuffnang.
Iklan ni adalah adalah iklan yang akan dipaparkan di kebanyakan blog yang memaparkan iklan Nuffnang.
Iklan kedua pula adalah jenis MCPM (Metered Cost Per Impression) yang mana kita akan dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang datang ke blog kita.
Kiranya tak semestinya kena klik baru dapat duit. Orang tengok pun boleh dapat. Tapi ada syaratnya la kan, sebagai contoh, mungkin 10 orang tengok blog kita, kita akan dapat RM0.20.
Macamana dia nak detect berapa orang yang tengok? Ia dikira berdasarkan berapa jumlah pageview di blog kita. Dengan kata lain, kalau sorang pengunjung datang, tapi dia bukak 10 artikel di blog kita, maka seolah-olah ada 10 orang yang datanglah.
Iklan ketiga pulak untuk blogger-blogger otai di mana pengiklan akan pilih blog mana yang diorang nak iklankan, dan pada kadar berapa bagi setiap orang yang datang ke blog tersebut.
Lebih ramai pengunjung, lebih tinggi harga. Contoh blog yang selalu dapat iklan macam ni rasanya macam blog Red Mummy atau Beautiful Nara.
Contoh pasif income Red Mummy dari blog. Hebat kan?
Kiranya tak semestinya orang klik baru dapat. Hahaha.. rupa-rupanya saya sudah silap faham sebelum ni.
InsyaAllah lepas ni memang nak istiqamah dalam berblog ni. Sehari sekurang-kurangnya 3-4 artikel yang berkaitan dengan kehidupan saya.
Takde entri yang negatif, yang skeptikal, yang lepas geram. Semua yang positif je. Sebab bila kita fokus pada benda positif, hati makin ceria dan hidup pun lebih bahagia. Betul betul?
Kepada rakan-rakan yang nak turut sama menyertai Nuffnang, bolehlah ke sini http://www.nuffnang.com.my
Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com.

Thank you CT for the info..baru k.nim tau..:-)
Emelda Hanim recently posted..Article To Share: 5 Reasons Why Most Don’t Become Wealthy
Sama-sama! Lepas ni kita sama-sama jadi blogger tersohor ye Kak Nim.

Fadzilah Mamat recently posted..Personal Coaching Di Malam Hari
15k mantap sangat la tu
Akulah.com recently posted..7 tips “success” elak mengantuk ketika belajar
Memang mantap. Harap-harap dapat pendapatan macam ni melalui blog dalam 2-3 tahun lagi.
Fadzilah Mamat recently posted..Menangani Nasihat ‘Membunuh’ Daripada Rakan Yang ‘Berniat Baik’
Terima kasih! sangat bagus!Pernah tahu, tapi info ni terang,jelas dan tepat. Nampaknya dah ketagih untuk tgk blog ini tiap2 hari. Terima kasih untuk pengisian yang bagus ini!

surynn recently posted..Memang best makan Vitamin Semulajadi!
Sama-sama..
Saya pulak ketagih nak buat artikel baru setiap hari..

Fadzilah Mamat recently posted..Apakah Kerjaya Idaman Anda?