Berhati-hati Dengan Apa Yang Kita Cakap Atau Tulis..

Once a word leaves your mouth, you cannot chase it back even with the swiftest horse. -Chinese Proverbs

Ramai sangat orang yang dah kena saman, kena tangkap polis, kena tindakan mahkamah, kena penjara dan terbaru kes Hamza Kashgari yang mungkin akan dikenakan hukuman bunuh kerana menghina Rasulullah di Twitter.

Jadi ingatan saya kepada semua rakan-rakan, tolonglah berhati-hati dengan apa yang ingin kita cakap atau tulis.

Kita mungkin tak ingat benda tak baik yang kita cakap pada orang, tapi orang akan ingat sampai bila-bila.

 

 

Kalau nak tulis benda tak baik yang boleh menjatuhkan maruah orang, boleh membuka aib orang, boleh menyebabkan orang tak puas hati dan juga boleh membuka pekung di dada sendiri, tolong jangan tulis ya.

Kepada blogger pulak, memang betul ranking blog kita akan naik kalau tulis cerita sensasi tentang artis atau orang yang popular. Tapi berkat ke duit iklan yang kita dapat bila kita gunakan cara macam ni?

Hasil yang kita dapat akan jadi darah daging anak-anak kita. Jadi, fikir panjang-panjang sebelum menulis.

Bukan makanan je ada halal haram. Pendapatan dari blog pun sama. Kalau dapat dengan cara yang tak baik, pendapatan dari blog mungkin jatuh dalam kategori haram.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *