7 Ciri-ciri Blog Yang Best

 

Pada pendapat saya, antara ciri-ciri blog yang best adalah,

1. Susunatur blog yang kemas dan menarik.

Saya suka layout yang simple. Dan tak ada application atau iklan yang menyebabkan kita tak boleh baca kandungan blog.

 

2. Warna yang tidak menyakitkan mata.

Warna blog ni macam cat rumah jugak. Tak semestinya warna terang tak bagus. Tapi kena pandai match. Kalau background terang, mungkin padankan dengan font putih atau hitam.

Kalau terlalu colourful, menyesakkan mata yang memandang.

 

3. Penulisan yang jujur dari hati.

Kadangkala seronok jugak baca blog yang buat artikel lepas geram pada kelompok-kelompok manusia yang saya pun geram. 🙂

Tapi kalau lepas geram tu ditujukan dengan tujuan untuk memburuk-burukkan seseorang, seperti bos, keluarga sendiri, keluarga mertua, rakan sekerja dan sebagainya, saya tak setuju.

Jangan fikir orang terdekat dengan kita tak akan jumpa blog kita. Dan jangan fikir bila kita ceritakan keburukan orang, pembaca akan merasakan diri kita suci dan mulia.

Sebenarnya ia seolah-olah membuka pekung di dada kita sendiri.

 

4. Blog yang selalu diupdate.

Kadangkala blog tu best. Tapi bila sesekali kita klik, tak de entri baru. Esok lusa pun tak de entri baru. Minggu depannya pun tak de entri baru. Menyebabkan saya rasa geram dan frust menonggeng. Dan seterusnya merasakan bahawa blog tu tak best! 🙂

 

5. Blog yang tak banyak gambar pemilik.

Kat header dah gambar dia. Kat sidebar gambar dia. Kat dalam entri pun gambar dia lagi. Pastu bukan satu shot je. Setiap aktiviti ada 6 shot muka dia kiri, kanan, belakang, depan, atas dan bawah.

Bukan tak boleh tunjuk muka sendiri, tapi berpada-padalah.

Dan kena fikir juga soal dosa pahala. Kalau gambar tak tutup aurat, dah tentu diri sendiri dan suami @ ayah dapat dosa.

Kalau gambar tutup aurat tapi dah terlalu banyak pun boleh dapat dosa tabarruj dan mungkin mendatangkan dosa kerana boleh menyebabkan orang lain tergoda dan terpesona dengan kecantikan anda.

 

6. Blog yang menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sopan.

Saya tak suka baca blog yang menggunakan bahasa singkatan @ bahasa sms. Jangan ingat semua orang faham singkatan yang kita gunakan.

Satu lagi, elakkan gunakan perkataan yang kurang sopan. Saya pernah rasa terkejut sangat bila terbaca sebuah blog yang mana pemiliknya adalah seorang wanita yang berpakaian muslimah tetapi bercerita tentang perkara-perkara yang kurang sopan.

 

7. Blog yang tak ada background music.

Ini adalah turn-off untuk saya. Kalau terbuka je blog macam ni, terus saya tutup.

 

Semoga senarai di atas dapat menjadi panduan rakan-rakan yang baru mula berblogging.

 

 

 

 

3 thoughts on “7 Ciri-ciri Blog Yang Best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *