Seronoknya Dapat Duit Dari Internet!

Hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya kerana saya akhirnya berjaya mendapat pendapatan pasif dari Internet melalui Google Adsense.

Sebenarnya saya ni dah lama nak merasa duit google ni tapi tak dapat2. Walaupun saya dah agak lama aktifkan google adsense untuk website fadzilahmamat.com ni, tapi sampai sekarang dia masih tak iklankan apa2. Cuma ada iklan layanan masyarakat je. Frust betul rasanya. Mungkin sebab website saya ni kandungannya dalam Bahasa Melayu jadi Google tak dapat masukkan iklan-iklan yang bersesuaian.

Namun begitu, entah macamana salah satu website saya berjaya memaparkan beberapa iklan google. Dan hari ini, apabila saya lihat report untuk google adsense saya, saya telah berjaya mendapat pendapatan sebanyak $2.66. Macam tak percaya je..

Hehehehe…. ni yang buat saya rasa seronok sangat dan rasa macam tak sia2 usaha saya bersengkang mata siapkan website saya tu. Sekarang ni rasa makin rajin pulak nak tambahkan content dan update website.

Kepada rakan-rakan yang masih belum merasa duit dari internet, teruskan berusaha! Dulu pun saya dah hampir putus asa, tapi Alhamdulillah merasa jugak akhirnya…

2 thoughts on “Seronoknya Dapat Duit Dari Internet!

  1. admin Post author

    Hehehe… walaupun belum dikeluarkan tapi seronok tengok duitnya makin bertambah..

    Dulu fulltime blogger tapi sekarang ni cuma part time je sebab jarang online. U ni full time blogger ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *