Google Adsense Lebih Baik Dari Nuffnang?

Untuk iklan CPC (Cost Per Click) rasanya Google Adsense lebih baik dari Nuffnang.

Semenjak 6 hari lepas, pendapatan blog ini (yang menggunakan Google Adsense) adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding pendapatan blog SMART (yang menggunakan Nuffnang).

Kalau dapat Buffered Earning, mungkin pendapatan Nuffnang lebih banyak. Tapi entah bilalah boleh dapat..

Sekarang ni target nak cukupkan jumlah cashout (RM50) di Nuffnang dan lepas tu nak gunakan Google Adsense di kedua-dua blog. Bila trafik dan mantap, nak cuba apply Innity pulak.

Satu kelebihan Google Adsense yang saya nampak adalah iklan dia lebih banyak dan dia akan sesuaikan mengikut keyword pada artikel kita. Jadi, peluang untuk pembaca blog kita klik pada iklan-iklan tersebut pastilah lebih tinggi.

Adakah anda meletakkan iklan Adsense atau Nuffnang di blog anda? Apa pendapat anda?

2 thoughts on “Google Adsense Lebih Baik Dari Nuffnang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *