- Nak tahu kenapa saya berhenti dari melakukan Bisnes Zhulian? Klik http://bit.ly/qUWAK #
Hari ini saya telah membaca satu komen daripada pembaca saya iaitu Fiza Pareb seperti berikut:
Saya saja je nak tanya..sebenarnya saya terbuka email nie masa saya cari prospek tuk zhulian.saya nak tanya kenapa akak berenti?dah banyak ke modal akak kuarkan?mesti akak dah sampai tahad DIAMOND and dah dapat tabung kete..seaba tu akak berenti..sebab ramai yang saya dah jumapa sumenya mcm tu..lebih membuktikan lagi jiran saya pn mcm tu..dah dapat kete..kurang setahun terus berenti..nape ye?leh share..dan nasihat akak tuk saya yang dah join hmpir 7 bulan dan dah bermodal sndiri hmpir rm8000, dh mkn B-young tapi nak cari prospek pn susah dan x capai2 pn lg SE.sedih tak? untuk pengetahuan akak saya hampir putus asa dan pada pendapat saya bukannya menguntungkan, merugikan ada.emas lebuh..duit pn lesap..
Kerana jawapan kepada soalan ini agak panjang dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk menulis post ini instead of menjawab komen Fiza di bahagian komen.
So, nak tahu kenapa saya berhenti? Soalan cepu emas ni. Rasanya itulah jugak yang menjadi persoalan upline saya dulu.
Terdapat banyak sebab yang telah mendorong saya untuk terus berhenti daripada bisnes Zhulian. Namun begitu antara sebab yang utama adalah kerana tidak tahan dengan sikap upline yang suka memaksa dan suka mengambil kesempatan terhadap saya dan juga terhadap prospek saya di dalam bisnes Zhulian. Disebabkan sikapnya yang terlalu memaksa di dalam membuat sales, saya merasa sangat tertekan.
Maklumlah masa tu saya agak muda (saya menyertai bisnes ini semasa berumur 23 tahun), jadi saya menghormatinya dan menerima segala perlakuannya terhadap saya dan prospek saya. Namun, setelah beberapa lama saya nekad untuk berhenti kerana tidak dapat mengikuti cara yang diamalkannya dalam melakukan bisnes Zhulian.
Nasihat saya kepada yang nak melakukan bisnes, andainya anda berminat untuk melakukan sesebuah perniagaan MLM atau apa juga bisnes yang melibatkan upline dan downline, janganlah terus mendaftar dengan orang pertama yang anda jumpa sebaliknya cari seorang leader yang anda rasa anda boleh bekerja dengannya. Jika tidak, anda pasti akan mengalami masalah di kemudian hari..
Saya bersimpati dengan nasib Fiza. Namun begitu, saya tidaklah berpandangan negatif dengan bisnes Zhulian tetapi tidak suka dengan sikap sesetengah leader yang terlalu memaksa; samada di dalam bisnes Zhulian ataupun di dalam apa juga bisnes yang berkaitan. In fact, saya juga ada mengenali dan masih berhubung dengan beberapa leader Zhulian yang bersikap positif dan sangat berjaya. Walaupun sekarang ni Fiza rasa menyesal kerana telah merugikan masa dan tenaga dan wang ringgit, percayalah suatu hari nanti Fiza akan sedar bahawa Fiza telah belajar sesuatu dan ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga.
Saya sendiri pernah merasa sangat menyesal namun mula menyedari kelebihan menyertai Zhulian kerana saya banyak belajar tentang prospecting, presentation, customer service dan pelbagai ilmu tentang sales dan marketing. Alhamdulillah, ilmu ini telah membantu menjadikan saya berjaya di dalam bisnes unit trust yang saya jalankan sekarang.
Setiap orang pasti akan mengalami kerugian, samada sedikit atau banyak, dan semasa muda ataupun tua. Jika Fiza tidak pernah rugi semasa muda, Fiza mungkin akan rugi lebih banyak pada usia tua nanti.
Anyway, jangan berputus asa untuk meningkatkan hidup Fiza. Good luck!
- Gunakan widgetbox.com untuk membuat widget atau blidget (blog widget) secara percuma? http://tinyurl.com/pprggj #
- ketahui tips untuk bersenam secara berterusan http://tinyurl.com/qxqfl8 #
- ingin tahu tips membina keyakinan diri? klik http://bit.ly/25MP6f #
- nak tahu macamana cara untuk link post atau page wordpress ke website? klik http://tinyurl.com/deqd7m #
- Nak tahu pasal pengeluaran wang pelaburan unit amanah dan proses yang terlibat? Klik http://tinyurl.com/d5k5h3 #
Setelah meneliti statistik blog saya yang terkini, saya dapati bahawa kebanyakan pengunjung yang datang ke blog saya telah membuat carian “membina keyakinan diri’, “rahsia keyakinan diri”, “bagaimana membina keyakinan diri” dan beberapa lagi keyword berkenaan keyakinan diri.
Memandangkan ramai yang tercari-cari maklumat sebegini, saya bercadang untuk memberi lebih banyak info berkenaan topik ini.
So hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips membina keyakinan diri iaitu:
“setiap manusia mempunyai kelemahan dan ia akan membandingkan kelemahan dirinya dengan orang lain”
Sebagai contoh, orang yang gemuk akan menganggap orang yang kurus lebih baik darinya dan orang yang pemalu akan merasakan bahawa orang yang periang lebih baik daripadanya.
Untuk menerangkan contoh ini dengan lebih jelas, saya akan terangkan senario yang berlaku apabila A, seorang gadis yang gemuk dan periang bertemu dengan B, seorang gadis yang kurus dan pemalu. Apabila A bertemu B, A akan merasa rendah diri kerana merasakan bahawa B lebih cantik daripadanya. Namun begitu, sebenarnya pada masa yang sama B juga akan merasa rendah diri kerana merasakan bahawa A adalah lebih baik daripadanya.
So, apabila anda bertemu dengan seseorang dan mula merasa tidak yakin, ingatlah bahawa dia juga pastinya mempunyai kelemahan. Mungkin dia kurang pandai, kurang kaya, kurang berani, kurang disukai, kurang disenangi, kurang masa, kurang kebahagiaan, kurang anak dan sebagainya..
Jika anda dapat berfikir sebegini, anda pastinya akan merasa lebih yakin dan seterusnya akan menjadi lebih bahagia.
p/s : Setelah membaca tulisan saya ini, apakah pandangan anda? Jika anda sudah mengamalkan tips ini, sila kongsikan pengalaman anda di bahagian komen.
“Dig the well before you are thirsty.” — Chinese Proverb
Sebenarnya quote di atas membawa maksud yang sama seperti pepatah melayu “Sediakan payung sebelum hujan”. Walaupun kita memang biasa mendengar pepatah ini tetapi adakah kita mengamalkannya?
Ramai antara kita yang suka mengeluh apabila mengahadapi sesuatu masalah terutamanya berkenaan dengan masalah kewangan. Tambahan pada masa sekarang ni.. pasti ramai ibu bapa yang sedang runsing memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk menghantar anak meneruskan pengajian ke matrikulasi, kolej atau universiti.
Sepatutnya sebagai ibu bapa mereka patut memikirkan masalah ini semasa anak-anak mereka masih kecil dan menyediakan tabungan untuk anak meneruskan pengajian.
Teringat saya pada seorang rakan konsultan unit amanah Public Mutual yang juga merupakan seorang pesara guru. Dia pernah berkongsi kisahnya yang memang suka menyimpan duit daripada muda. Sebaik sahaja beliau melahirkan anak, beliau akan membuka akaun simpanan untuk anak dan akan membuat simpanan tetap sebanyak RM20 setiap bulan melalui potongan gaji.
Dia juga menunjukkan buku akaun simpanan kepada anak-anaknya. Secara tidak langsung ini telah menanam minat menyimpan duit ke dalam diri anak-anaknya.
Alhamdulillah hanya dengan menyimpan RM20 setiap bulan, apabila sampai masa untuk anak-anak beliau melanjutkan pelajaran ke universiti, beliau tidak pernah menghadapi masalah kewangan kerana jumlah simpanan bagi setiap anaknya adalah melebihi RM5000 seorang. Walaupun jumlah ini tidak terlalu besar, tetapi ia cukup untuk menampung yuran dan sara hidup anaknya sebelum mendapat duit biasiswa atau pinjaman.
Beliau juga berkongsi kegembiraannya kerana anak-anaknya juga mengamalkan tabiat suka menyimpan. Bayangkan, pelabur pertama beliau adalah anak beliau yang sedang menuntut di universiti dan mampu melabur sebanyak RM3000.
Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada kisah beliau ini..
Sebagai tambahan kepada kata-kata ini, keberanian juga adalah ketegasan kita dalam berpegang kepada apa yang kita percaya walaupun mendapat tentangan daripada orang lain..
Email ini saya telah dipetik daripada laman web PPIM. Setelah membaca email ini, saya merasa sangat bersimpati dan berharap kita dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini.
Selamat membaca!
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara …………… satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence……………… quite recent, i.e. about two weeks ago………..
After my daughter’s wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousindan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi….. bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin’s wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan
beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok .
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000….. tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesame mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing……… dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun………….). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.
Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ……………. (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)
Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai ‘Thief’! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita………… tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama…… dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya.. macam cerita wayang saja…. tapi percayalah…..memang ini kisah benar.
Please be careful, ok?
- created yahoogroup for ex-MRSM Pengkalan Chepa Batch 97/98. Are you on of us? Click http://tinyurl.com/dhb2ok #